Wednesday 25 May 2011

Kewajipan menuntut ilmu

Assalamualaikum..semoga sentiasa dalam redha Allah hendaknya.Memandangkan sekarang adalah cuti semester,banyak masa dihabiskan di rumah.Alhamdulillah,ana sempat membaca sebuah buku bertajuk ‘Rindu Bau Pohon Tin’ oleh Hasrizal Abdul Jamil sepanjang berada sebulan di rumah untuk mengisi lapang bagi mengubat hati yang kebosanan.Antara isi-isi yang sangat ana tertarik ialah penulis menerangkan betapa pentingnya menuntut ilmu pada jalan Allah dan pentingnya menguasai pelbagai kemahiran.pendakwah haruslah outstanding!Ana mulakannya dengan ayat Al-Quran surah al-mukminun…

“Tidak  sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya(ke medan perang).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya,supaya mereka dapat berjaga-jaga.”(Surah Al-Taubah 9:122)

SEBAB TURUN AYAT..

Musim panas dan pohon tamar berbuah ranum..Tuaian harus disegerakan untuk manfaat bekalan keperluan hidup setahun mendatang.Namun,pada saat ini Allah s.w.t telah menguji kaum mukminin untuk turun berjuang menegakkan islam.ada sekumpulan sahabat yang tercicir dengan alasan dan situasi masing2.Mereka telah diperingatkan oleh Rasulullah dengan cara yang amat menusuk kalbu.Peringatan itu menjadikan para sahabat peka dan responsive terhadap perintah jihad sehinggakan tiada langsung yang berlengah.Begitulah hebatnya penangan ruh jihad kekasih Allah ini.Tatkala ada sub misi yang dilancarkan oleh Rasulullah,kesemua sahabat menyertainya hingga Baginda ditinggalkan sendirian di kota.Lalu,turunlah ayat dia atas memberi peringatan sebenar mana pun suatu misi,adalah tidak wajar untuk kaum Mukminin itu keluar semua sekali memenuhi agenda yang satu.Dalam kewajipan melaksanakan jihad,kewajipan menuntut ilmu beriringan sedarjat.Jangan kerana kita,islam terfitnah!!nauzubillah min zalik..


Dalam surah ini ada disebut kalimah ‘nafara’ yang bermaksud keluar menuntut ilmu.Lazimnya kalimah ini hanya terguna pada mengungkapkan soal keluar berjihad perang pada jalan Allah.Harus kita teladani bahawa Allah swt mahu kita melihat proses menuntut ilmu di jalan Allah itu sebagai medan tempur.Oleh itu,persiapan kaum yang keluar berperang,harus juga menjadi persiapan yang sama buat penuntut ilmu dijalan Allah.

Menuntut ilmu di jalan Allah memerlukan perancangan dan strategi.Apa yang mahu dituntut,mengapa ia dituntut,malah soalan semudah ‘Kenapa aku jadi ustaz(atau mana2 kerjaya),mesti difikir masak-masak.Terikut-ikut sentiasa menjadi musibah bagi apa jua aspek kehidupan.(pengajaran buat diri ana).

Penuntut ilmu juga harus menyediakan fizikal,mental,emosional dan spiritual mereka terhadap hakikat ini,bahawa jalan yang dipilih ialah jalan yang penuh ujian dan kesusahan.Pertaruhannya adalah segala milikan diri,dari masa,tenaga dan harta,hinggalah kepada nyawa.Yang paling penting,penuntut ilmu di jalan Allah mesti ada kemahiran.

Kata bijak pandai: “Kucar-kacir dalam kebenaran,mustahil ada upaya mengalahkan kebatilan yang sistematik”Kata-kata ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran dalam setiap apa yang kita lakukan.Pendakwah mesti cerdik.Kemahiran mesti tinggi.Kemahiran bahasa,kemahiran berkomunikasi,kemahiran ICT dan segala ilmu kendiri mesti digarap tanpa berlengah-lengah dan bersantai diri.Pewaris Anbiya mesti outstanding!



Bukan mudah untuk menjadi pendakwah yang tahu serba-serbi dalam banyak perkara..tapi tidak mustahil.yang penting keyakinan dan keimanan kita terhadap Allah.buat rakan2 semua dan juga buat diri ini,“kekuatan usah ditunggu,tapi harus dicari”.

Wallahualam..(cinta Allah cinta hakiki)

No comments:

Post a Comment