Tuesday 31 May 2011

“Saiful Islam(Anak Imam Hassan Al-Banna) : Dia adalah seorang ayah,pendidik,suami dan juga seorang insan”


Assalamualaikum.Semoga segala yang dilakukan pada hari ini diniatkan semata-mata kerana Allah..Hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian mengenai sudut-sudut keperibadian kehidupan Imam As-syahid Hassan Al-Banna sebagaimana yang diceritakan oleh anaknya (Saiful Islam).Sesungguhnya perkara yang diketahui oleh orang ramai mengenai Imam Hassan Al-Banna adalah sangat sedikit berbanding hakikat sebenarnya.Batinnya adalah seribu kali lebih baik berbanding zahirnya.(subhanallah!!).Beliau mempunyai satu keperibadian yang sama di dalam dan di luar rumah yang mana dia adalah contoh ikutan bagi setiap individu dalam keluarganya begitu juga bagi semua saudaranya dalam jemaah ikhwanul muslimin.Beliau adalah Hasan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna,dilahirkan di Mahmudiyyah,satu penempatan di negeri Buhairah di Delta Nil.

SEORANG LELAKI YANG BERIMAN

Daripada kata-kata Imam Hasan Al-Banna : (Apabila terdapat seorang lelaki yang beriman maka terdapat  bersamanya faktor-faktor kejayaan).
Berkata anaknya(Saiful Islam) : Kata-kata ini sangat bertepatan dengan diri beliau sendiri,kerana kehidupan beliau mempunyai keberkatan yang sangat besar.Allah memudahkan baginya melakukan kerja yang banyak dalam masa yang singkat hasil dari keikhlasannya.Begitu pentingnya kita mencapai keikhlasan dan keberkatan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

KEPERIHATINAN BELIAU TERHADAP ANAKNYA

Beliau menyediakan satu fail khas bagi setiap anaknya yang dilahirkan,beliau juga menulis sendiri tarikh lahir anaknya begitu juga tarikh-tarikh lain yang berkenaan dengan anaknya.Semua maklumat perubatan anaknya disimpan rapi untuk  memudahkan beliau mengemukakan laporan perubatan tersebut kepada doktor.Setiap maklumat tersebut disertakan dengan keterangan-keterangan lain seperti ubat apa yang telah diambil oleh si anak dan berapa lama dia memakannya serta berapa lama si anak mengalami sakit tersebut dan adakah dia memakan semua ubat tersebut.
Imam Hasan Al-Banna juga menyimpan semua sijil-sijil pelajaran anak-anaknya beserta catitan-catitan tertentu seperti : Saif perlu menekankan subjek ini dan dia lemah dalam subjek itu..Wafa’ pula memerlukan pertolongan dalam subjek ini..Begitulah secara umumnya apa yang beliau lakukan kepada setiap anak-anaknya.

HASAN AL-BANNA SEBAGAI  KETUA KELUARGA

Beliau sangat mengambil berat mengenai urusan rumah tangganya,dia menulis sendiri semua keperluan rumah bagi setiap bulan,dan dia menyerahkan senarai keperluan rumah kepada seorang kawan dari Ikhwan Muslimin yang bernama Sayyid Shihabuddin yang mempunyai kedai runcit yang masyhur untuk memenuhi keperluan rumah bagi setiap bulan.

Beliau juga seorang yang lemah lembut,beliau sangat menjaga perasaan anak-anaknya.Hukuman yang paling berat pernah dikenakan kepada anak-anaknya hanyalah cubit telinga.Namun,setelah beberapa jam kemudian,beliau menelefon dan menenangkan anaknya serta berdamai.

Beliau juga sangat pemurah terhadap anak-anaknya.Beliau memberi sebanyak 3 Qurusy kepada setiap anak-anaknya dan jumlah tersebut sangatlah besar pada ketika itu kerana kebiasaannya pelajar-pelajar lain hanya belanja suku Qurusy atau setengah Qurusy sahaja.



Begitu hebatnya keperibadian As-syahid Imam Hasan Al-Banna..sikapnya wajar menjadi qudwah hasanah kepada kita semua..Semasa membaca buku ‘Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna’,saya tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh Umar at-Tilmisani,pengikut al-Banna yang akhirnya menjadi Mursyidul Am ketiga Ikhwanul Muslimin.

Cerita beliau, “Pada waktu itu kami sedang melakukan pertemuan di luar kota.Kerja-kerja tersebut selesai kira-kira pukul 12 malam.Kami semua sangat letih kerana semangat dan kesungguhan kami dalam kerja.Kebetulan kami mendapat bilik yang sama(al-Banna dan Umar at-Tilmissani).Saya sangat penat,dan ingin terus tidur,agar esok tidak terlambat untuk bangun soalt subuh.Kami berbaring di tempat tidur masing-masing.Beberapa ketika kemudian,beliau memanggilku, “Umar,sudah tidur?”.Aku jawab, “Labbaika,belum Mursyid”.Beliau tidak berkata apa-apa lagi.Tidak beberapa lama kemudian,beliau bertanya lagi hal yang sama, “Umar,kamu sudah tidur?”.Aku jawab, “Labbaika,belum Mursyid”.

Aku dalam hati tertanya-tanya mengapa beliau melakukan hal ini.Lama beliau terdiam,tiba-tiba beliau memanggil lagi.Kerana aku sudah sangat penat,akhirnya aku tidak menjawab,biar disangka beliau aku sudah tidur lelap.Mengira aku sudah tidur,tiba-tibabeliau bangun perlahan-lahan,berjalan sambil memegang kasutnya,menuju bilik mandi.Di dalam bilik mandi ku dengar beliau dengan sangat berhati-hati berwuduk,agar percikan airnya jangan sampai membangunkanku.Kemudian ku lihat beliau mengambil tempat di sudut bilik menghadap kiblat,dan beliau pun solat malam(qiamulail) beberapa rakaat.Subhanallah..Begitulah ajaran beliau yang sangat melekat dihatiku..

 Dakwah beliau bukan hanya sekadar di mulut sahaja,tetapi dibuktikan dengan amalannya..Begitulah ciri-ciri seorang pejuang islam.Siangnya bagaikan singa di rimba dan malamnya menghambakan diri kepada sang Pencipta..Moga kita sama-sama dapat meneladani sifat mulia as-Syahid ini..Biar sedikit,asalkan  istiqamah.akhir sekali,peringatan buat diri dan sahabat-sahabat,amalkanlah mathurat setiap kali  selepas solat subuh dan asar.InsyaAllah akan mendapat ketenangan hati dan jiwa.



Wallahualam.(Cinta ALLAH Cinta Hakiki)  

Sunday 29 May 2011

Waspadalah!!Jangan biarkan al-Walahan merosakkan wuduk anda!!

‘Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat,dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.’
(Surah al-Baqarah:222)
Assalamualaikum..alhamdulillah diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk terus berkongsi tazkirah atau peringatan.semoga mendapat manfaat.niatkan pembacaan ini semata-mata kerana Allah.InsyaAllah,hari ini saya ingin berkongsi bersama kalian mengenai wuduk.Wuduk wajib dilakukan ketika hendak melakukan ibadah solat dan tawaf.Perkara ini dijelaskan dalam hadis di bawah.
Abu Hurairah menuturkan bahawa Rasulullah bersabda;

“Tidak diterima (tidak sah) solat seseorang di antara kalian jika dia telah berhadas sampai dia berwuduk terlebih dahulu”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Wuduk adalah salah satu cara seorang hamba untuk menyucikan diri secara zahir dan batin.Sebab itu lah orang yang suka berwuduk dan menyempurnakan wuduknya pun akan merasakan betapa sejuk dan nyamannya berada dalam dakapan cinta Allah. “Cinta Allah Cinta Hakiki.”.tajuk tazkirah kali ini ada menyebut mengenai al-Walahan ,siapakah al-Walahan??dan apa kaitannya dengan wuduk??InsyaAllah mari kita dalami maksudnya pada perenggan yang seterusnya.selamat membaca..

Al-Walahan.Siapakah al-Walahan itu??Ketahuilah,sesungguhnya al-Walahan itu adalah pasukan khusus iblis yang dibekalkan pelbagai keterampilan khusus untuk merosakkan wuduk manusia.Maka,,perkerjaannya pun selalu menggoda manusia agar wuduknya kacau dan sia-sia.Nabi bersabda :

“Pada wuduk itu terdapat syaitan yang menggoda,iaitu (syaitan) yang disebut dengan al-Walahan,maka berhati-hatilah terhadapnya!!!”
(Hadis riwayat Ahmad)
Syaitan ini memiliki banyak cara untuk merosakkan wuduk seseorang.Sehingga,kalau lengah sedikit sahaja,kita akan terpedaya oleh tipu dayanya.Bahkan ia mengetahui kelemahan setiap orang yang dihadapinya dan nyaris tidak pernah kehabisan idea dan cara untuk memperdaya manusia.

Salah satu cara yang sering digunakan al-Walahan adalah membisikkan ke dalam hati manusia agar memandang wuduk sebagai sesuatu yang remeh,sehingga manusia melakukannya dengan cara lebih kurang saja dan tidak berkeinginan menyempurnakan wuduknya.Hal ini pernah terjadi pada zaman sahabat dan sekitar itu juga Rasulullah langsung mengingatkannya agar jangan berulang lagi pada generasi umat islam berikutnya.

Abdullah bin Amru menceritakan : Kami bersama Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Mekah menuju ke Madinah.Ketika kami berada pada sebuah oasis di tengah jalan,beberapa orang tergesa-gesa menunaikan solat asar.Mereka berwuduk dengan tergesa-gesa.Lalu kami dekati mereka,tampak tumit mereka tidak terkena air,maka Rasulullah bersabda;

“Seksa neraka bagi (pemilik) tumit itu.Sempurnakanlah wuduk kalian.”
(Hadis riwayat Muslim)

Perbuatan yang membuat manusia berlebih kurang dalam berwuduk ini biasanya ditujukan kepada orang-orang yang malas.Sedangkan untuk orang yang mengetahui erti penting dan besarnya manfaat kesempurnaan wuduk,al-Walahan memiliki strategi lain yang sering kali cukup mustajab.Yakni dia akan menyusupkan pemikiran bahawa semakin banyak air yang digunakan maka akan makin sempurnalah  wuduknya.Bila sudah tertanam dengan pemikiran seperti ini,orang yang berwuduk ini akan berlebih-lebihan atau boros dalam menggunakan air.Padahal anggapan seperti sangat bertentangan dengan sunnah Rasulullah.Perbuatan inilah yang sering kali berhasil dan membuahkan hasil.Maka hasil dari itu,Rasulullah pun mengingatkan ;

“Sesungguhnya akan ada di antara umat ini yang melampaui batas dalam bersuci dan berdoa…”
(Hadis riwayat Abu Daud,Ahmad dan an-Nasa’i)

Perbuatan lain yang juga sering dilancarkan al-Walahan adalah membuat orang yang telah selesai berwuduk merasa ragu-ragu dengan kebasahan dan kesempurnaan wuduknya.Orang yang mudah terjebak dengan perbuatan ini adalah jenis mereka yang suka berlebih-lebihan dalam beribadah tetapi tidak memiliki dasar atau ilmu yang membenarkan tindakannya itu.Dan perbuatan ini selalu dilancarkan al-Walahan setelah orang selesai berwuduk.Kesannya,seseorang akan merasa dirinya mesti mengulagi wuduk semula hingga berkali-kali,sehingga dia kehilangan banyak keutamaan.Misalnya tidak sempat  mengikuti soalt berjemaah dari awal.

Ada satu contoh berkenaan dengan perilaku orang yang suka berlebih-lebihan dalam memerhatikan kesempurnaan wuduknya.

Syahadan,datanglah kepada Ibnu Uqail seseorang yang telah terbelenggu oleh perbuatan syaitan ini.Kepada Ibnu Uqail,dia mengaku sering kali merasa ragu dengan wuduknya,sehingga dia sering mengulanginya.Bahkan,kerana sangat ragu akan kesempurnaan wuduknya,suatu ketika dia terjun ke dalam sungai.Namun,ternyata dia masih belum puas dan masih ragu dengan wuduknya.
Setelah bercerita demikian,lelaki itu bertanya kepada Ibnu Uqail, “Bolehkah aku tetap solat dalam keadaan meragukan wuduk ku seperti itu?”
“Tidak,engkau tidak lagi wajib solat!” jawab Ibnu Uqail sinis.Orang itu sangat terkejut mendengar jawapan itu.Dia diam sebentar dan kemudian bertanya, “Mengapa begitu?”.
Ibnu Uqail menjawab, “Kerana orang yang melakukan seperti itu hanyalah orang yang hilang ingatan,dan orang yang hilang ingatan tidak lagi wajib solat”.

Sama-samalah kita memperindah dan mencantikkan wuduk..Di sini saya juga mahu kongsikan sedikit mengenai faedah-faedah wuduk.

1) Memadamkan api kemarahan.

Air merupakan musuh besar api yang tidak dapat dikalahkan.Emosi atau kemarahan diibaratkan seperti api yang menyala dan akan mudah padam(reda) ketika disiram dengan air(wuduk).
Rasulullah berpesan kepada umatnya supaya berwuduk ketika dalam keadaan marah.
Dari Athiyah berkata,Rasulullah bersabda;

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air.Maka jika sesiapa dia antara kamu yang dalam keadaan marah,maka bersegeralah mengambil wuduk”.
(Hadis riwayat Ahmad)
2) Menjernihkan hati dan mengembalikan semangat hidup

Manfaat ini ditegaskan langsung oleh Rasulullah dalam sabdanya yang berikut :

“Syaitan itu akan mengikat tengkuk salah seorang dari kalian yang tengah tidur dengan tiga ikatan sehingga engkau tidur semalan.Apabila seorang di antara kalian bangun seraya menyebut nama Allah,maka lepaslah ikatan pertama.Lalu apabila ia berwuduk maka lepaslah ikatan kedua.Dan apabila diteruskan dengan solat,maka lepaslah ikatan ketiga,sehingga ia akan bersemangat dan berhati jernih.Kalau tidak,maka hatinya akan kusut dan masai.”
(Hadis riwayat Muslim)
Inilah antara hikmah disunatkan berwuduk agar wuduk  tidak saja akan membersihkan tubuh kita tetapi juga membuatkan hati kita selalu tenteram dan bersemangat tinggi untuk melakukan pekerjaan dan tugas kita sehari-hari.
Begitu besarnya faedah berwuduk..yakinlah dengan wuduk kita..ingat,bukan sekadar berwuduk,tapi sempurnakanlah wudukmu!!!

Wallahualam…

Wednesday 25 May 2011

Kewajipan menuntut ilmu

Assalamualaikum..semoga sentiasa dalam redha Allah hendaknya.Memandangkan sekarang adalah cuti semester,banyak masa dihabiskan di rumah.Alhamdulillah,ana sempat membaca sebuah buku bertajuk ‘Rindu Bau Pohon Tin’ oleh Hasrizal Abdul Jamil sepanjang berada sebulan di rumah untuk mengisi lapang bagi mengubat hati yang kebosanan.Antara isi-isi yang sangat ana tertarik ialah penulis menerangkan betapa pentingnya menuntut ilmu pada jalan Allah dan pentingnya menguasai pelbagai kemahiran.pendakwah haruslah outstanding!Ana mulakannya dengan ayat Al-Quran surah al-mukminun…

“Tidak  sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya(ke medan perang).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya,supaya mereka dapat berjaga-jaga.”(Surah Al-Taubah 9:122)

SEBAB TURUN AYAT..

Musim panas dan pohon tamar berbuah ranum..Tuaian harus disegerakan untuk manfaat bekalan keperluan hidup setahun mendatang.Namun,pada saat ini Allah s.w.t telah menguji kaum mukminin untuk turun berjuang menegakkan islam.ada sekumpulan sahabat yang tercicir dengan alasan dan situasi masing2.Mereka telah diperingatkan oleh Rasulullah dengan cara yang amat menusuk kalbu.Peringatan itu menjadikan para sahabat peka dan responsive terhadap perintah jihad sehinggakan tiada langsung yang berlengah.Begitulah hebatnya penangan ruh jihad kekasih Allah ini.Tatkala ada sub misi yang dilancarkan oleh Rasulullah,kesemua sahabat menyertainya hingga Baginda ditinggalkan sendirian di kota.Lalu,turunlah ayat dia atas memberi peringatan sebenar mana pun suatu misi,adalah tidak wajar untuk kaum Mukminin itu keluar semua sekali memenuhi agenda yang satu.Dalam kewajipan melaksanakan jihad,kewajipan menuntut ilmu beriringan sedarjat.Jangan kerana kita,islam terfitnah!!nauzubillah min zalik..


Dalam surah ini ada disebut kalimah ‘nafara’ yang bermaksud keluar menuntut ilmu.Lazimnya kalimah ini hanya terguna pada mengungkapkan soal keluar berjihad perang pada jalan Allah.Harus kita teladani bahawa Allah swt mahu kita melihat proses menuntut ilmu di jalan Allah itu sebagai medan tempur.Oleh itu,persiapan kaum yang keluar berperang,harus juga menjadi persiapan yang sama buat penuntut ilmu dijalan Allah.

Menuntut ilmu di jalan Allah memerlukan perancangan dan strategi.Apa yang mahu dituntut,mengapa ia dituntut,malah soalan semudah ‘Kenapa aku jadi ustaz(atau mana2 kerjaya),mesti difikir masak-masak.Terikut-ikut sentiasa menjadi musibah bagi apa jua aspek kehidupan.(pengajaran buat diri ana).

Penuntut ilmu juga harus menyediakan fizikal,mental,emosional dan spiritual mereka terhadap hakikat ini,bahawa jalan yang dipilih ialah jalan yang penuh ujian dan kesusahan.Pertaruhannya adalah segala milikan diri,dari masa,tenaga dan harta,hinggalah kepada nyawa.Yang paling penting,penuntut ilmu di jalan Allah mesti ada kemahiran.

Kata bijak pandai: “Kucar-kacir dalam kebenaran,mustahil ada upaya mengalahkan kebatilan yang sistematik”Kata-kata ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran dalam setiap apa yang kita lakukan.Pendakwah mesti cerdik.Kemahiran mesti tinggi.Kemahiran bahasa,kemahiran berkomunikasi,kemahiran ICT dan segala ilmu kendiri mesti digarap tanpa berlengah-lengah dan bersantai diri.Pewaris Anbiya mesti outstanding!



Bukan mudah untuk menjadi pendakwah yang tahu serba-serbi dalam banyak perkara..tapi tidak mustahil.yang penting keyakinan dan keimanan kita terhadap Allah.buat rakan2 semua dan juga buat diri ini,“kekuatan usah ditunggu,tapi harus dicari”.

Wallahualam..(cinta Allah cinta hakiki)

Blog baru..

Alhamdulillah,pada hari ini 26 Mei 2011 blog yang diberi tajuk "Cukup ALLAH Bagiku" telah selamat siapkan..dan harapnya agar kehadiran blog ini dapat memberi input-input yang berguna kepada pengunjung sekalian.